Monday 6 February 2012

:: Cukuplah.... ::


pada mulanya DIA tak mahu fikir semua ni tapi ianya bukan mudah untuk DIA lupakan segala kenangan yang DIA kecapi selama ni.
DIA bukan nak 'buang' segalanya-segalanya, DIA cuma nak 'kosongkan' fikiran buat seketika.
dah lama DIA fikirkan perkara ni tapi DIA tak tahu sama ada ianya dapat membantu ataupun tidak.
DIA nekad untuk pergi dari sini.
DIA nak pergi jauh2 tanpa orang lain sedar akan 'kehilangan' DIA.
agak serba salah juga kalau buat macam tu.
apa pun DIA tak mahu toleh ke belakang lagi.
DIA nak fikirkan masa depan DIA saja.
DIA tahu bukan mudah untuk melakukan semua ni.
bagi DIA inilah 'peluang' untuk DIA berdikari.
sampai bila DIA nak jadi 'dikurung'????
DIA ada hak unutk diri DIA sendiri.
DIA bukan nak memberontak tapi biarlah DIA buat keputusan sendiri.
DIA tak nak menyusahkan orang lain.
DIA sedar DIA dah banyak menyusahkan orang lain.
kadang kala DIA terfikir juga adakah kehadiran DIA membawa 'malapetaka' pada semua orang.
entahlah. kalau boleh DIA tak nak orang rasa tak 'seronok' bila DIA ada.
DIA akan cuba menjauhkan diri dari semua orang.
walaupun ianya agak berat tapi DIA terpaksa mengalah.
sekarang baru DIA tahu betapa peritnya bila ada masalah.
DIA sendiri tak tahu bagaimana nak meluahkannya.
pada siapa DIA hendak mengadu????
bukan DIA tak mahu berkongsi masalah, DIA tak pandai menyusun kata.
DIA lebih selesa berdiam diri dari bersuara.
memang rasa sakit bila memendam sesuatu.
DIA pun rasa macam tu juga.
tapi biarlah DIA simpan segala masalah yang dihadapi selama ni.
kalau boleh DIA tak mahu bebankan sesiapa.
biarlah berat bebanan ini DIA tanggung seorang.
DIA tahu orang yang suka pendam ni akan menjadi pedendam.
tapi DIA akan cuba untuk menceriakan diri supaya takkan jadi macam tu.
jadi DIA harap 'impian' itu akan tercapai.
cukuplah setakat ini saja.
DIA tak mampu memandang orang yang DIA sayang.
jauh disudut hati DIA ingin mengucapkan ribuan terima kasih walaupun agak berat untuk DIA mengungkapkan perkataan tu.
Boucing Fuchsia Bow Tie Ribbon